Sedang aku belek-belek balik laptop ni..kemas yang mana patot..aku terjumpa satu sajak ni. Zaman-zaman muda mudi time skema-skema lagi. Time-time yang kalau pergi kelas siap pakai tag. tak cukup dengan tag boleh sarong pulak jaket tebal.(Padahal perlis adalah salah satu negeri paling panas kat malaysia ni). Kat situ je dah nampak betapa hati sungguh baik. kah.
Bila baca sajak ni balik buat aku rasa hiba-hiba sikit :
Ili,
Kehidupanmu
baru bermula,
Pasti
ada liku dan onaknya,
Pasti
ada cabaran dan halanganya,
Pasti
ada musuh yang sentiasa iri hatinya,
Pasti
ada sedih dan gembiranya,
Pasti
ada tuhan disisi hambanya.
Mungkin
perit yang dihadapi,
Mungkin
sukar dilupai,
Mungkin
hanya tangisan yang menghiasi,
Mungkin
tiada tawa yang mampu diberi,
Mungkin
dendam yang terbuku di hati,
Tapi
percayalah pada hikmah Ilahi.
Jangan
sekali engkau kesali,
Jangan
sekali engkau meratapi,
Jangan
sekali engkau tangisi,
Apa
yang berlaku pada diri,
Tapi
bersyukurlah pada Ilahi,
Dengan
ujian yang diberi,
Kerna
engkau insan terpilih yang dicari,
Yang
pasti tabah menghadapi dugaan ini.
Moga
apa yang berlaku mematangkan diri,
Menteguhkan
hati ini,
Menyimpul
satu semangat yang pasti,
Untuk
mengejar satu kejayaan nanti,
Moga
dipermudahkan oleh Ilahi.
sajak ni aku tulis 3 nov 2008. Minggu final exam. Zaman yang aku jatoh tergolek-golek. zaman yang banyak ajar aku soal kawan dan lawan. Betol sangat la kalau orang kata kawan yang bersama dengan kita waktu gelak terguling-guling tu memang senang sangat nak cari. TAPI, kawan yang akan dengar soksek-soksek kita..yang akan bagi pinjam telinga dia kat kita time kita tengah rasa nak hantok kepala kat dinding tu memang payah nak carik!
![]() |
Ini gambar masa aku kat labuan |
Aku harap aku dapat pekak kan telinga, butakan mata, tabahkan hati untuk semua kata-kata negatif. Aku memang bukan baik sangat tapi perasan untuk jadi baik tu ada. Kalau tak banyak sekalipon, secubit tu tetap ada tuk jadi baik. Bersahabat kerana Ilahi, semoga sentiasa dirahmati..amin. SAYANG kamu-kamu yang layak digelar sahabat! =)