Saturday 1 December 2012

Edit gambar versi pemalas


Assalamualaikum!!!...pernah tak korang mengalami symptom2 kemalasan nak edit gambar tapi nak gambar tu nampak cantek…nak cun..nak yang pandang sekali cm waaaaa..hasilnya…so kat sini aku nak share cara paling pantas nak edit gambar guna adobe…buat yang tak pernah try adobe and tak familiar sangat dengan setiap tool kat dalam adobe, korang tak perlu riso…confirm kali ni mesti korang berjaya punya edit gambar..Gambar kat bawah ni aku tunjuk dulu contoh-contoh gambar yang aku edit guna adobe tapi of coz aku tak de la expert gila nak mampos pulak kan…so pe aku buat aku just google step2 tak pon tutorial edit gambar guna adobe…sat gi amek ko, belambak dia kua..so masa ni saat aku gigih baca, fahamkan..ikut sebijik-sebijik kan…masa ni je la rajin sangat pon…








Kalo edit versi pemalas tue senang gile tapi still perlukan bantuan Mr.Google…korang just type “action vintage” sebagai contoh la…pastu korang download file dia…pastikan file tu (.atn)…so pas dah download tu apa yang patot korang buat is:

Open Adobe>click file>open>(cari file yang .atn)>open
Click file>open>(cari gambar yang nak edit tu)>open











Pastu p kat kanan kat ruang layers tu ada tulis Background kan..so right click Duplicate Layer..pastu nnt akan keluar pop-up camni, just click ok.






Ni step last, click kat window pastu click kat action, kalau contoh kat bawah ni masa aku tengah nak buat camne nak gambar style lomo..






so click words lomo tu and tekan play yang segitiga tu..untuk bebapa saat, jangat buat pape..nanti gambar tu automatic edit sendiri…hhahah..bunyik cam berhantu plak kan..tp ni seyes ni, and korang boleh tgh hasil die camne..






kat bawah ni hasil gambar tadi..






kat bawah ni contoh-contoh lain...



























Selamat mencuba ye semua…aku tak berapa nak reti sangat buat tutorial nia..harap-harap dapat kongsi dengan semua..kot-kot korang de cara nak edit gambar guna adobe lagi cepat, pantas and tuntas sila la kongsi sama-sama ye.

Thank You For Reading!

Thursday 13 September 2012

Aku & Kerja

Assalamualaikum sahabat!

Lama sunggoh tinggalkan blog ini tanpa kabar berita. Kalau selalunya bercerita pasal
make up tapi kali ni nak kongsi kan pengalaman berkaitan dengan kerja. Almaklumla,
baru lepas berhenti kerja, apply keje, interview, gagal interview dan berjaya pon ada.
Ini mungkin adalah hasil dari apa yang saya lalui. 

Apa yang perlu dibuat before apply kerja?

1. Wajib tengok position yang kita apply
Okei..jangan nak main-main sangat..pantang dia kata fresh graduate je
terus klik apply...haaa..be prepare boleh jadi nanti kat interview dia
tanya kenapa awak nak apply position ini sedangkan awak belajar dalam bidang tu.
Masa ni pandai-pandai la bagi jawapan yang padu. Bukan semua yang interview kita tu
boleh terima background lain. Kalau yang terima tu alhamdulillah la.

2. Kaji dulu position yang nak apply.
Yup!...sila buat ulangkaji dulu..walaupon sekadar nak apply je.belum lagi
confirm dapat mesti tahu position tu kena buat apa..skop kerja dia camne..
sumua tu nampak cam tak perlu nak tahu tapi senanya perlu and perlu tahu!






Resume?
Ini sangat penting. Sekali sekala cuba bagi orang-orang yang
berpengalaman check kan...yela..kalau kita yang check semua pon betul kan?
Sedar tak sedar nanti ada benda yang tak patot nak bagi tahu sebok dok cerita..
benda yang patot di highlight pulak tak nak letak..kan kerugian di situ...
Perasan tak ada setengah gambar kat resume direct ke depan..ada yang macam mengiring kan?
So perlu tahu susun atur maklumat diri untuk gambar yang mengiring tu..maklumat kena
ke arah yang kita pandang...Cam contoh kat atas ni dah salah...gambar mengiring tapi maklumat kat bawah.
Patotnya maklumat diri kat belah kiri tu haa...Pastu ingat yang latest sumua mesti berada di atas sekali


Kalau dah dipanggil interview?

1. Sila confirmkan kehadiran.
Respon kat email cakap nak datang ke tak..
Jangan buat perangai hilang menyepi...buatnya kalau syarikat tu berangkaian..
memang habisla..nanti tak pasal-pasal kena blacklist..Kalau tak nak p, ada hal ke
just bagi tahu jer..dorang ni pon manusia, so budi bicara mesti ada punya..siapa
tahu mungkin dia kata boleh postpone interview?..kan kita jugak yang untung

2. Make sure pakai ikut apa yang dia cakap. 
Ada sesetengah company nak kita pakai kasual bukan 
formal. So tak payah la nak berbaju kurung sangat. Bukan tak boleh tapi mungkin tak
sesuai dengan keadaan. Keadaan dia kat situ pon dah penuh dengan adventure kan..
so mesti ada sebab punya kalau dah dia kata kasual.

3. Tepat!..ye sila datang tepat...datang awal takpe...jangan nak lambat..
kalau dah baru interview lambat, memang dia first2 tu dah ada bad impression kat kita..
Lain la kalau dah termaktub memang tu rezeki kita..datang lambat pon dia still ambil..
Kalau tula terjadi..mesti kena sujud syukur banyak-banyak =)

4. Be prepare...ape yang nak kene prepare sangat?
..ada sesetengah company akan buat technical test..
Mungkin dia akan bagi software yang kita tak pernah guna and problem..pastu pandai-pandai la
explore janji solve...haaa...ni memang jadi kat aku..amek..mengelabah bagai nak jawab..
dah berkurun tinggalkan subject biologi tetibe boleh nk jumpe dengan femur, ilium..patella la..
gile!..memang temenung lama jugak la..and by da time dah confident nk buat masa pulak tinggal sipi-sipi..
masa tu redha jela..hahah

5. Bersahaja la ketika interview
..dia gelak kita gelak..dia tanya kita jawab..ada benda kelebihan kita yang
kita rasa dia patot tahu sila cerita...jangan sampai dia pusing balik tuk trick kita sudah!





Dapat kerja dah?

1. Dah dapat alhamdulillah la..
Sebelum nak sign pape contrak bace dulu gila-gila..
Jangan nanti bila dah dapat gaji merungut tu ini..sana kurang la..ni patutnya lebih la..
padahal sendiri tak baca betul-betul

2. Amati sikit waktu kerja dia camne
..sesuai tidak..jangan nak cakap Ok semua takde hal la..
tak kesah la...satgi nanti sibuk minta tukar jadual la..minta sama kn jadual la..ni semua susahkan
mereka-mereka saje (padahal ini jugak aku penah buat)..Jujur je saya tak boleh nak balik malam-malam ni..bapak saya marah..senang..nanti dia tau la nak buat cmne..

3. Ada sesetengah company ada list klinik panel dorang
..so kasi usha dulu...penting ni kalau sakit senang
terus gi..tak payah nak membazir bayar klinik yang bukan panel.


Lastly?

Bila dah apply, dah pergi interview...beserahla pada-Nya...dapat alhamdulillah...
tak dapat boleh cuba lagi kan...lagipon bukan Allah dah cakap :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, 
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, 
sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216) 

Allah bagi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU

sekian sahabat!

Thank You for Reading!

Tuesday 3 July 2012

Conteng-conteng Part 5

Assalamualaikum sahabat!..Sebenarnya make up yang kali ni dah lama..hari yang sama dengan entry before ni...tapi sekarang baru nak update.Cik tuan punya muka ni nama dia Nadia Latiff..So entry kali ni nak buat seringkas mungkin..Before start pape sila ikut arahan 1 sampai 6 kat sini dulu..dah siap semua baru boleh proceed ke step bawah ni. Bawah ni muka before make up.






1. Pas khatam semua step tadi sila conteng ikut turutan 1 sampai 3 ni.  Macam mana nak buat ekor mata tu sila tengok kat sini






2. So ni la hasilnya. Mari kita usha-usha gambar selepas make up!
























3. Haaaa..lupe nak bagi tahu..kalau nak make up lagi cun sila la amalkan petua ni..seyes berkesan,murah dan sangat bez!



P/s: Terima Kasih tuk Nad sudi bagi pinjam muka tuk aku tonyoh-tonyoh..hehehe...pasni 


Thank You for Reading!

Thursday 28 June 2012

Conteng-conteng Part 4

Assalamualaikum Sahabat!..Fuh!..hari ni hari yang sangat lega bila dah present FYP...tak larat rasanya asyik nak kena mengadap FYP je sem ni. Alhamdulillah walau tak secemerlang orang lain tapi dah buat yang terbaik..apa pon result dia nanti aku redha je...minta lulus pon dah syukur sangat-sangat...Balik-balik dari FYP tadi teros rasa semangat nak make up muke orang lagi...hahaha..kali ni model nya classmate aku and housemate jugak...pemilik muka ni nama dia cik Aishah Hussin...okai jom kita view step-step ni :



Ni muka excited nak kena make up..cer tengok senyum dia pon dah tahu..hahah



1. So macam biasa menda basic mesti buat jangan pernah lupa is ratakan foundation. Setiap kali aku make up muka orang memang dorang akan pakai foundation dorang sendiri. Kekadang je aku guna aku punye. Almaklumla muka aku ni gelap2 sikit kang kalau guna tak pasal-pasal muka mereka-mereka yang cerah ni gelap ye dak? Kalau nak best time sapu foundation tu guna kapas yang khas tu bentuk die cam ala-ala satu slice kek..hahaaa. Tapi try la memang akan lebih smooth gitu.

2. Next step kita akan letak eye primer kat bahagian mata. Ni eye primer ni dari ellianto. Cer try pakai sangat memuaskan hati.






3. Pastu sapu base powder kat seluruh muka.






4. Next sapukan base kat seluruh bahagian mata.






6. Before start lukis pape, jangan lupa pakai eye linear dulu. Nanti dah habis pon letak sekali lagi eye linear. Tujuan die lagi supaya lagi senang nak mencolor. Cam dah dapat bajet kawasan mana yang perlu kita letak eye shadow tu. Kali ni aku pakai liquid eye linear juga. Aku tak pernah pas kalau pakai ni kat diri sendiri,mesti akan comot gila tapi kalau pakai kat orang tu senang sikit. Pastikan eye linear ni kering betul-betul dulu baru bukak mata. Kalau tak memang comot gila. Kesabaran memang diperlukan bila bekerja dengan liquid eye linear ni.






7. Okey..sekarang kita start main color-color kat mata. just ikut jer step dari 1 sampai 4 macam gambar kat bawah ni. Napa color dia tak ketara sangat? sebabnya lepas je aku letak color-color ni aku blend kan mereka semua guna berus. Yang kat bahagian kiri gambar tu tujuan dia nak bagi hidung mancung sikit. Guna warna cerah tuk buat batang hidung and warna coklat gelap tuk buat dia punye shading kat tepi-tepi hidung.






8. Okai pas ciap step atas ni boleh la kasi sapu blusher sikit. Kali ni pakai blusher color light pink cam kat bawah ni.






9. Last sekali jangan lupa shapekan bibir. Antara 4 color lip yang de kat bawah ni aku lebih kan color paling kiri sekali.






10. Okai siap sudah. Mari view gambar-gambar cik Ecah ni.






















p/s: Thank Ecah sebab sudi aku tonyohkan muka ni. Pasni tak tahu dah bila boleh main-main make up camni lagi. Masing-masing nanti dah buat haluan masing-masing and aku pasti rindu moment-moment make up muke ko lagi-lagi tang pipi tu...hehhehe. Tegat plak zaman aku saat baru pasal makeup-makeup ni. Habis muka cik Ezma aku kerja kan. Sampai kening dia jadi cam shin chan la..hahah..dia redha je...huhuh

Thank You for Reading!

Friday 15 June 2012

Hepy Besday Ili!

Assalamualaikum sahabat!..Kali ni bukan entry pasal make up - make up...hari nie meh kita layan perasaan sikit..hahah..




Untuk masa yang tinggal memori....
Aku jadikan kau sempadan untuk meniti hari..
Supaya aku lebih tabah berdiri..
Agar tiada penyesalan lagi..


Untuk masa yang sedang berlaku saat ini...
Tidak pernah ku sangka akan semuanya terjadi..
Perancangan yang begitu rapi dari Ilahi..
Aku terima apa yang berlaku kini..


Untuk masa yang akan datang nanti..
Aku tak mahu menangisi
Setiap ujian yang kau beri
Aku tahu ini tanda kasihmu Rabbi
Tanda kau dekat dihati...


P/s : Alhamdulillah usia sudah berganjak setahun lagi 3 june haritu. Semoga kelak adalah lebih baik. Amin =)

Thank You for reading!

Sunday 10 June 2012

Conteng-conteng Part 3

Assalamualaikum sahabat!...semalam dalam pada tengah kelam kabut dengan final exam ni sempat lagi aku heret cik Ezmaliza tu di make up kan..Kali ni make up versi excited sangat nak nak colour kan mata sampai tak sempat-sempat nak sapu sikit pon foundation..So gambar-gambar dibawah versi tanpa foundation..mungkin akan lebih menjadi kalau ada foundation...okei jom tengok step-step kat bawah ni :

1. First sekali kasi sapu sikit muke cik model dengan loose powder ni...patotnya letak foundation dulu yerr..






2. Next step nak bagi lagi smooth muke kite kasi tepek lagi dengan compact powder. Jangan lupa lebihkan kat bawah mata. So buatnya nanti habuk-habuk eyeshadow jatuh ke tak de la make up comot.








3. Ni menda paling best. Eye primer..letak ni kat permukaan kulit mata. Tujuan dia nak bagi make up kat mata lebih tahan lame..satu lagi untuk jadikan make up nampak lagi cantik.







4. Ni step wajib tuk tiap kali make up mate..guna warna coklat base paling kiri sekali ni tuk seluruh kelopak mata...




5. Pastu tambah sikit dengan color coklat light kat seluruh mata.





6. Langkah berikutnya, letak tisu macam dalam gambar kat bawah ni. teknik ni aku baru tahu walaupon sebenarnya dah lame berkurun...aku je yang baru-baru nak jakon..Tujuan kita letak tisu ni supaya senang nak wat line ke hujung mata. Almaklumla, kang kalau buat ikut daya kreatif je kang mau die jadi bengkak bengkok..






7. Mulakan mencolor mata dari turutan 1sampai 6 ikut gambar kat bawah ni.





8. Sebab aku tak mo rosak kan color yang de kat mata..Just nak kemaskan je. Aku applykan liquid eye linear tipis-tipis je.





9. Tadaaaaa!...tgk mata member aku bukan main lagi colorful kan..hahah













10. Patotnya aku just nak make up mata jer. tapi rasa tak best plak bila tak habiskan. So aku letak sikit lipstick guna campuran tiga color dari kiri tue. And macam biasa guna cotton bud je tuk keliling bibir.










11. Okei! siap!..ni gambar versi pura-pura tido dengan pura-pura tak pandang tak mo pandang camera..heheh

















P/s : Special thank to cik Ezmaliza...haha...baru-baru balik pasar malam kiteorang teros wat projek ni. Entah dari mana semangat nak make up muncul tetibe..cer bagi buku suruh study. Maunya tetiba mata kuyup sayu nak tido..huhu


Thank You for Reading!