Showing posts with label Make up. Show all posts
Showing posts with label Make up. Show all posts

Tuesday, 3 July 2012

Conteng-conteng Part 5

Assalamualaikum sahabat!..Sebenarnya make up yang kali ni dah lama..hari yang sama dengan entry before ni...tapi sekarang baru nak update.Cik tuan punya muka ni nama dia Nadia Latiff..So entry kali ni nak buat seringkas mungkin..Before start pape sila ikut arahan 1 sampai 6 kat sini dulu..dah siap semua baru boleh proceed ke step bawah ni. Bawah ni muka before make up.






1. Pas khatam semua step tadi sila conteng ikut turutan 1 sampai 3 ni.  Macam mana nak buat ekor mata tu sila tengok kat sini. 






2. So ni la hasilnya. Mari kita usha-usha gambar selepas make up!
























3. Haaaa..lupe nak bagi tahu..kalau nak make up lagi cun sila la amalkan petua ni..seyes berkesan,murah dan sangat bez!



P/s: Terima Kasih tuk Nad sudi bagi pinjam muka tuk aku tonyoh-tonyoh..hehehe...pasni 


Thank You for Reading!

Thursday, 28 June 2012

Conteng-conteng Part 4

Assalamualaikum Sahabat!..Fuh!..hari ni hari yang sangat lega bila dah present FYP...tak larat rasanya asyik nak kena mengadap FYP je sem ni. Alhamdulillah walau tak secemerlang orang lain tapi dah buat yang terbaik..apa pon result dia nanti aku redha je...minta lulus pon dah syukur sangat-sangat...Balik-balik dari FYP tadi teros rasa semangat nak make up muke orang lagi...hahaha..kali ni model nya classmate aku and housemate jugak...pemilik muka ni nama dia cik Aishah Hussin...okai jom kita view step-step ni :



Ni muka excited nak kena make up..cer tengok senyum dia pon dah tahu..hahah



1. So macam biasa menda basic mesti buat jangan pernah lupa is ratakan foundation. Setiap kali aku make up muka orang memang dorang akan pakai foundation dorang sendiri. Kekadang je aku guna aku punye. Almaklumla muka aku ni gelap2 sikit kang kalau guna tak pasal-pasal muka mereka-mereka yang cerah ni gelap ye dak? Kalau nak best time sapu foundation tu guna kapas yang khas tu bentuk die cam ala-ala satu slice kek..hahaaa. Tapi try la memang akan lebih smooth gitu.

2. Next step kita akan letak eye primer kat bahagian mata. Ni eye primer ni dari ellianto. Cer try pakai sangat memuaskan hati.






3. Pastu sapu base powder kat seluruh muka.






4. Next sapukan base kat seluruh bahagian mata.






6. Before start lukis pape, jangan lupa pakai eye linear dulu. Nanti dah habis pon letak sekali lagi eye linear. Tujuan die lagi supaya lagi senang nak mencolor. Cam dah dapat bajet kawasan mana yang perlu kita letak eye shadow tu. Kali ni aku pakai liquid eye linear juga. Aku tak pernah pas kalau pakai ni kat diri sendiri,mesti akan comot gila tapi kalau pakai kat orang tu senang sikit. Pastikan eye linear ni kering betul-betul dulu baru bukak mata. Kalau tak memang comot gila. Kesabaran memang diperlukan bila bekerja dengan liquid eye linear ni.






7. Okey..sekarang kita start main color-color kat mata. just ikut jer step dari 1 sampai 4 macam gambar kat bawah ni. Napa color dia tak ketara sangat? sebabnya lepas je aku letak color-color ni aku blend kan mereka semua guna berus. Yang kat bahagian kiri gambar tu tujuan dia nak bagi hidung mancung sikit. Guna warna cerah tuk buat batang hidung and warna coklat gelap tuk buat dia punye shading kat tepi-tepi hidung.






8. Okai pas ciap step atas ni boleh la kasi sapu blusher sikit. Kali ni pakai blusher color light pink cam kat bawah ni.






9. Last sekali jangan lupa shapekan bibir. Antara 4 color lip yang de kat bawah ni aku lebih kan color paling kiri sekali.






10. Okai siap sudah. Mari view gambar-gambar cik Ecah ni.






















p/s: Thank Ecah sebab sudi aku tonyohkan muka ni. Pasni tak tahu dah bila boleh main-main make up camni lagi. Masing-masing nanti dah buat haluan masing-masing and aku pasti rindu moment-moment make up muke ko lagi-lagi tang pipi tu...hehhehe. Tegat plak zaman aku saat baru pasal makeup-makeup ni. Habis muka cik Ezma aku kerja kan. Sampai kening dia jadi cam shin chan la..hahah..dia redha je...huhuh

Thank You for Reading!

Sunday, 10 June 2012

Conteng-conteng Part 3

Assalamualaikum sahabat!...semalam dalam pada tengah kelam kabut dengan final exam ni sempat lagi aku heret cik Ezmaliza tu di make up kan..Kali ni make up versi excited sangat nak nak colour kan mata sampai tak sempat-sempat nak sapu sikit pon foundation..So gambar-gambar dibawah versi tanpa foundation..mungkin akan lebih menjadi kalau ada foundation...okei jom tengok step-step kat bawah ni :

1. First sekali kasi sapu sikit muke cik model dengan loose powder ni...patotnya letak foundation dulu yerr..






2. Next step nak bagi lagi smooth muke kite kasi tepek lagi dengan compact powder. Jangan lupa lebihkan kat bawah mata. So buatnya nanti habuk-habuk eyeshadow jatuh ke tak de la make up comot.








3. Ni menda paling best. Eye primer..letak ni kat permukaan kulit mata. Tujuan dia nak bagi make up kat mata lebih tahan lame..satu lagi untuk jadikan make up nampak lagi cantik.







4. Ni step wajib tuk tiap kali make up mate..guna warna coklat base paling kiri sekali ni tuk seluruh kelopak mata...




5. Pastu tambah sikit dengan color coklat light kat seluruh mata.





6. Langkah berikutnya, letak tisu macam dalam gambar kat bawah ni. teknik ni aku baru tahu walaupon sebenarnya dah lame berkurun...aku je yang baru-baru nak jakon..Tujuan kita letak tisu ni supaya senang nak wat line ke hujung mata. Almaklumla, kang kalau buat ikut daya kreatif je kang mau die jadi bengkak bengkok..






7. Mulakan mencolor mata dari turutan 1sampai 6 ikut gambar kat bawah ni.





8. Sebab aku tak mo rosak kan color yang de kat mata..Just nak kemaskan je. Aku applykan liquid eye linear tipis-tipis je.





9. Tadaaaaa!...tgk mata member aku bukan main lagi colorful kan..hahah













10. Patotnya aku just nak make up mata jer. tapi rasa tak best plak bila tak habiskan. So aku letak sikit lipstick guna campuran tiga color dari kiri tue. And macam biasa guna cotton bud je tuk keliling bibir.










11. Okei! siap!..ni gambar versi pura-pura tido dengan pura-pura tak pandang tak mo pandang camera..heheh

















P/s : Special thank to cik Ezmaliza...haha...baru-baru balik pasar malam kiteorang teros wat projek ni. Entah dari mana semangat nak make up muncul tetibe..cer bagi buku suruh study. Maunya tetiba mata kuyup sayu nak tido..huhu


Thank You for Reading!

Friday, 18 May 2012

Conteng-conteng Part2

Assalamualaikum sahabat!..kali ni aku berpeluang lagi conteng muke cik kat bawah ni..Tuan punye muka ni nama dia Cik Syariniey Amran..member aku yang sorang ni sebenarnya request nk smokey eyes tapi hasilnya korang sendiri kena tafsir..jadi ke idak..make up kali nie aku:


1. Guna kad ( ambik business card sapa-sapa yang korang rasa cam boleh dikorbankan ) guna untuk hold kulit mata masa pakai maskara..teknik ni seyes best..kire nak tonyoh kita punye maskara macam syok sebab dapat tarik sampai hujung bulu mata...plus bila guna teknik ni bahagian mata tak comot...


2. Sebabkan aku still student lagi..barang makeup pon tak lengkap..so sila jangan risau kalau anda pon tak ada lip linear macam aku...taram je pakai cotton bud pastu ekot paksi-paksi bibir...cuba try and tengok hasilnya..


3. Tuk bahagian mata aku tepek colour hitam, kelabu, kelabu on the way ke hitam (aku memang failed bab-bab nk menulis colour) next entry aku uplode eyeshadows palette yang aku guna sebagai rujukan ye...

Kat bawah ni hasil make-up dari pandangan atas







Make up ni boleh diadaptasi with and without spect..still nampak lagi





P/s : Time kasih tuk cik Syariniey sebab tadah muka and cik Suriati tuk gambar-gambar kat atas ni. 


Conteng-conteng Part 2 tak habis lagi..nantikan next entry...ada lagi wajah-wajah yang turut diconteng pada hari yang sama


Thank You for reading!


Saturday, 17 December 2011

Conteng - conteng part 1

Salam. Ni la antara hasil aku main conteng-conteng. Perasan nak menconteng ni akan jadi luar biase bila baru beli alat makeup baru. Aku xda nak pakai makeup yang branded je. Layan kan semua and tengok hasilnya. Jangan terkejut kadang-kadang yang murah tula yang menawan kale dia. Silap-silap yang branded pulak nampak cam dull. Memang banyak yang kurang dalam makeup ni, kata pon baru-baru nak belajar kan. Tuan punya muka ni nama dia  cik Ezmaliza. Dia la sahabat aku yang paling sporting nak tadah muka tuk aku conteng-conteng..redha jela, pengkritik number satu....ayat paling selalu dia ckp " Ili ko xreti ke nak buat pelan-pelan! main tonyoh je! and macam biase aku akn jawab "sebab ko kawan aku la aku tonyoh je, kalau kat orang lain aku buat lembut2"..huhuhu..Insyallah, mana tahu kan rezeki aku dalam bidang MUA ni. Alhamdulillah.








 P/s : Agak-agak ade sape-sape nk tadah muka bagi tahu aku...boleh aku conteng muka korang pulak...kih3