Jadi Dia tak semudah yang dilihat barangkali
Dia tersenyum walhah hatinya disakiti
Dia kata tak kisah padahal hati dia separuh mati
Dia dahulukan apa mahunya mereka baru dia pikir diri sendiri
Dia nampak tabah
Padahal dirinya sentiasa mahu rebah
Dia nampak seperti teguh berdiri
Padahal dia bila-bila saja boleh rebah ke bumi
Dia kalau boleh mahu sentiasa senyum sepanjang hari
Sedihnya sentiasa mahu ditolak ke tepi
Dia terus mencuba walau banyak yang datang hari-hari
Penatnya dia saja yang lalui
Dia sukakan perkataan empati dari simpati
Baginya hidup ini penuh dengan teka teki
Kadang gembira bukan kepalang lagi
Tapi kekadang pula duka tak pergi-pergi
Dia suka sendiri
Bila tiba-tiba air mata datang tak nak berhenti
Biar basah pipi
Biar segalanya tersembunyi di hati
Sendirinya pasti bersebab barangkali
Tapi untuk berkongsi dia pikir beribu kali
Kadang mungkin yang terbaik adalah senyap sendiri
Kerana dia mahu menilai diri
Dia cuba buang kalau-kalau itu
Dia cuba untuk untuk positifkan diri
Dia cuba tidak berpaling lagi
Dia cuba untuk jadi diri sendiri
Dia sentiasa menanti
Dia sentiasa berdoa tanpa henti
Dia sentiasa berharap segalanya rapi
Dia sentiasa semuanya baik-baik saja nanti
21.6.2012
11.24 pm

P/s: Masih letak gambar padahal bukan entry pasal gambar...tak letak gambar macam buat milo ais tapi versi kedekot milo,ais pulak lupa nak letak...langsung tak sedap!