Friday, 4 May 2012

Emosi?


Salam sahabat! Kalau sebut pasal emosi apa yang anda fikir? Pernah tak rasa nak ketawa besar...tak pon rasa nak baling kasot kat orang yang kita marah?...baling best rasa nak hantok kepale sendiri kat dinding bila tension? 




Tak kisah la kita seorang anak, seorang mak, seorang abang,seorang kakak, seorang adik bongsu kee..seorang boyfriend atau seorang girlfried..tak pon seorang pelajar, seorang pekerja atau seorang majikan..Atau kita pegang dua tiga tittle yang sama..kita berhak untuk mempunyai emosi. Antara sedar atau tidak kita tak dapat nak lari rasa gembira, sedih, bahagia, kecewa, suka, benci, kagum, meluat..dan tak lupa juga mengumpat dan diumpat..hee.


Emosi kita yang pelbagai ni sebenarnya adalah kehidupan. Bayangkan kalau kita asyik nak gembira 24 jam, nak gelak-gelak je...tak ke tak best hidop kita ni? Sunggoh bosan! Dalam dunia ni ada dua benda kita kena cuba belajar dan terus belajar..cuba untuk kawal emosi diri sendiri dan cuba untuk faham emosi orang keliling kita fullstop.  
            

Saturday, 10 March 2012

Aku Baru Tahun Satu

Salam sahabat,
Sedang aku belek-belek balik laptop ni..kemas yang mana patot..aku terjumpa satu sajak ni. Zaman-zaman muda mudi time skema-skema lagi. Time-time yang kalau pergi kelas siap pakai tag. tak cukup dengan tag boleh sarong pulak jaket tebal.(Padahal perlis adalah salah satu negeri paling panas kat malaysia ni). Kat situ je dah nampak betapa hati sungguh baik. kah.  


Bila baca sajak ni balik buat aku rasa hiba-hiba sikit :


Ili,
Kehidupanmu baru bermula,
Pasti ada liku dan onaknya,
Pasti ada cabaran dan halanganya,
Pasti ada musuh yang sentiasa iri hatinya,
Pasti ada sedih dan gembiranya,
Pasti ada tuhan disisi hambanya.

Mungkin perit yang dihadapi,
Mungkin sukar dilupai,
Mungkin hanya tangisan yang menghiasi,
Mungkin tiada tawa yang mampu diberi,
Mungkin dendam yang terbuku di hati,
Tapi percayalah pada hikmah Ilahi.

Jangan sekali engkau kesali,
Jangan sekali engkau meratapi,
Jangan sekali engkau tangisi,
Apa yang berlaku pada diri,
Tapi bersyukurlah pada Ilahi,
Dengan ujian yang diberi,
Kerna engkau insan terpilih yang dicari,
Yang pasti tabah menghadapi dugaan ini.

Moga apa yang berlaku mematangkan diri,
Menteguhkan hati ini,
Menyimpul satu semangat yang pasti,
Untuk mengejar satu kejayaan nanti,
Moga dipermudahkan oleh Ilahi.


sajak ni aku tulis 3 nov 2008. Minggu final exam. Zaman yang aku jatoh tergolek-golek. zaman yang banyak ajar aku soal kawan dan lawan. Betol sangat la kalau orang kata kawan yang bersama dengan kita waktu gelak terguling-guling tu memang senang sangat nak cari. TAPI, kawan yang akan dengar soksek-soksek kita..yang akan bagi pinjam telinga dia kat kita time kita tengah rasa nak hantok kepala kat dinding tu memang payah nak carik!


Ini gambar masa aku kat labuan

Aku harap aku dapat pekak kan telinga, butakan mata, tabahkan hati untuk semua kata-kata negatif. Aku memang bukan baik sangat tapi perasan untuk jadi baik tu ada. Kalau tak banyak sekalipon, secubit tu tetap ada tuk jadi baik. Bersahabat kerana Ilahi, semoga sentiasa dirahmati..amin. SAYANG kamu-kamu yang layak digelar sahabat! =)