Saturday, 12 January 2013

Empathy?

Assalamualaikum semua!...dah berkurun tak berupdate..rasa tak layak dah nak digelar blogger...ni kategori blogger tak tegar la ni...sebulan skali baru berupadate...belum lagi dia buat perangai berbulan-bulan sepi....banyak sangat benda nak jadi bulan ni..ke sana sini...pindah-pindah lagi...tu belum cerita bab almari baju runtuh lagi...haaa...sudah! almari dah runtuh tu memang petanda jangan gatal-gatal nak beli baju lagi..tapi ingat kalau runtuh tu boleh halang hati nak bershopping??...tak mungkin!...hati kental tak kan makan saman dek sebab almari je!!...heee...kali ni kita simpan dulu gambar-gambar beredit..muka-muka orang yang kene conteng2...kite layan-layan sikit sajak dulu-dulu...


Jadi Dia tak semudah yang dilihat barangkali
Dia tersenyum walhah hatinya disakiti
Dia kata tak kisah padahal hati dia separuh mati
Dia dahulukan apa mahunya mereka baru dia pikir diri sendiri

Dia nampak tabah
Padahal dirinya sentiasa mahu rebah
Dia nampak seperti teguh berdiri
Padahal dia bila-bila saja boleh rebah ke bumi

Dia kalau boleh mahu sentiasa senyum sepanjang hari
Sedihnya sentiasa mahu ditolak ke tepi
Dia terus mencuba walau banyak yang datang hari-hari
Penatnya dia saja yang lalui

Dia sukakan perkataan empati dari simpati
Baginya hidup ini penuh dengan teka teki
Kadang gembira bukan kepalang lagi
Tapi kekadang pula duka tak pergi-pergi

Dia suka sendiri
Bila tiba-tiba air mata datang tak nak berhenti
Biar basah pipi
Biar segalanya tersembunyi di hati

Sendirinya pasti bersebab barangkali
Tapi untuk berkongsi dia pikir beribu kali
Kadang mungkin yang terbaik adalah senyap sendiri
Kerana dia mahu menilai diri

Dia cuba buang kalau-kalau itu
Dia cuba untuk untuk positifkan diri
Dia cuba tidak berpaling lagi
Dia cuba untuk jadi diri sendiri

Dia sentiasa menanti
Dia sentiasa berdoa tanpa henti
Dia sentiasa berharap segalanya rapi
Dia sentiasa semuanya baik-baik saja nanti

21.6.2012
11.24 pm



P/s: Masih letak gambar padahal bukan entry pasal gambar...tak letak gambar macam buat milo ais tapi versi kedekot milo,ais pulak lupa nak letak...langsung tak sedap!

Saturday, 1 December 2012

Edit gambar versi pemalas


Assalamualaikum!!!...pernah tak korang mengalami symptom2 kemalasan nak edit gambar tapi nak gambar tu nampak cantek…nak cun..nak yang pandang sekali cm waaaaa..hasilnya…so kat sini aku nak share cara paling pantas nak edit gambar guna adobe…buat yang tak pernah try adobe and tak familiar sangat dengan setiap tool kat dalam adobe, korang tak perlu riso…confirm kali ni mesti korang berjaya punya edit gambar..Gambar kat bawah ni aku tunjuk dulu contoh-contoh gambar yang aku edit guna adobe tapi of coz aku tak de la expert gila nak mampos pulak kan…so pe aku buat aku just google step2 tak pon tutorial edit gambar guna adobe…sat gi amek ko, belambak dia kua..so masa ni saat aku gigih baca, fahamkan..ikut sebijik-sebijik kan…masa ni je la rajin sangat pon…








Kalo edit versi pemalas tue senang gile tapi still perlukan bantuan Mr.Google…korang just type “action vintage” sebagai contoh la…pastu korang download file dia…pastikan file tu (.atn)…so pas dah download tu apa yang patot korang buat is:

Open Adobe>click file>open>(cari file yang .atn)>open
Click file>open>(cari gambar yang nak edit tu)>open











Pastu p kat kanan kat ruang layers tu ada tulis Background kan..so right click Duplicate Layer..pastu nnt akan keluar pop-up camni, just click ok.






Ni step last, click kat window pastu click kat action, kalau contoh kat bawah ni masa aku tengah nak buat camne nak gambar style lomo..






so click words lomo tu and tekan play yang segitiga tu..untuk bebapa saat, jangat buat pape..nanti gambar tu automatic edit sendiri…hhahah..bunyik cam berhantu plak kan..tp ni seyes ni, and korang boleh tgh hasil die camne..






kat bawah ni hasil gambar tadi..






kat bawah ni contoh-contoh lain...



























Selamat mencuba ye semua…aku tak berapa nak reti sangat buat tutorial nia..harap-harap dapat kongsi dengan semua..kot-kot korang de cara nak edit gambar guna adobe lagi cepat, pantas and tuntas sila la kongsi sama-sama ye.

Thank You For Reading!