Maafkan aku hati
Sekali lagi kau disakiti
sekali lagi aku silap mengerti
Silap membuat percaturan lagi
Maafkan aku hati
Buat kau terluka lagi
Sabarlah wahai hati
Luka ini akan aku ubati
Maafkan aku hati
Sering khilaf dalam meniti hari
Tak dapat nak beza mana intan mana duri
Akhirnya kau yang kembali disakiti
Maafkan aku hati
Tak berniat untuk mengulangi lagi
Sakit yang pernah kau alami
Luka yang tidak pernah sembuh sendiri
Maafkan aku hati
Kerana sering tidak berteguh hati
Ketika ada yang menyoyahkan hati
Mencuri kamu wahai hati
Maafkan aku hati
Tak akan aku percaya pada sesiapa lagi
Tak akan aku beri kunci hati ini
Pada yang belum bergelar suami
Ingat janji aku ni hati
Maafkan aku hati
Saat kau cuba memerhati
Saat kau cuba memberitahu sejuta erti
Saat kau cuba menahan aku yang berlari
Aku sikit tidak ambil peduli
Sudahnya kau yang disakiti
Maafkan aku hati
Kerana sering memaafi
Pada yang sering mengulangi
Kasilapan yang sama berjuta kali
Janji yang tidak pernah pasti
Maafkan aku hati
Aku sering biakan kau sendiri
Sepi menangis seorang diri
Bila diri dilanda sepi
Sakitnya kau wahai hati
Maafkan aku hati
Berilah sedikit ruang di hati
Maafkan aku yang sering menyakiti
Teguhlah berdiri hati
Jangan tersungkur mati
Insyallah satu hari kau boley bangkit tersunyum lagi
amin
-ili jr-
-13 nov 2011-
P/s : Apa yang ditulis xsemestinya berlaku kat diri ini...ia mungkin adalah dari pengalaman orang keliling..tak pon..mungkin adalah hasil pengaruh novel-novel yang dibaca..hehhe..aku hanya mahu tersenyum seperti gambar di atas walau apa pon yang jadi ^__________^
No comments:
Post a Comment
Thanks for the comment.