Sunday, 10 June 2012

Conteng-conteng Part 3

Assalamualaikum sahabat!...semalam dalam pada tengah kelam kabut dengan final exam ni sempat lagi aku heret cik Ezmaliza tu di make up kan..Kali ni make up versi excited sangat nak nak colour kan mata sampai tak sempat-sempat nak sapu sikit pon foundation..So gambar-gambar dibawah versi tanpa foundation..mungkin akan lebih menjadi kalau ada foundation...okei jom tengok step-step kat bawah ni :

1. First sekali kasi sapu sikit muke cik model dengan loose powder ni...patotnya letak foundation dulu yerr..






2. Next step nak bagi lagi smooth muke kite kasi tepek lagi dengan compact powder. Jangan lupa lebihkan kat bawah mata. So buatnya nanti habuk-habuk eyeshadow jatuh ke tak de la make up comot.








3. Ni menda paling best. Eye primer..letak ni kat permukaan kulit mata. Tujuan dia nak bagi make up kat mata lebih tahan lame..satu lagi untuk jadikan make up nampak lagi cantik.







4. Ni step wajib tuk tiap kali make up mate..guna warna coklat base paling kiri sekali ni tuk seluruh kelopak mata...




5. Pastu tambah sikit dengan color coklat light kat seluruh mata.





6. Langkah berikutnya, letak tisu macam dalam gambar kat bawah ni. teknik ni aku baru tahu walaupon sebenarnya dah lame berkurun...aku je yang baru-baru nak jakon..Tujuan kita letak tisu ni supaya senang nak wat line ke hujung mata. Almaklumla, kang kalau buat ikut daya kreatif je kang mau die jadi bengkak bengkok..






7. Mulakan mencolor mata dari turutan 1sampai 6 ikut gambar kat bawah ni.





8. Sebab aku tak mo rosak kan color yang de kat mata..Just nak kemaskan je. Aku applykan liquid eye linear tipis-tipis je.





9. Tadaaaaa!...tgk mata member aku bukan main lagi colorful kan..hahah













10. Patotnya aku just nak make up mata jer. tapi rasa tak best plak bila tak habiskan. So aku letak sikit lipstick guna campuran tiga color dari kiri tue. And macam biasa guna cotton bud je tuk keliling bibir.










11. Okei! siap!..ni gambar versi pura-pura tido dengan pura-pura tak pandang tak mo pandang camera..heheh

















P/s : Special thank to cik Ezmaliza...haha...baru-baru balik pasar malam kiteorang teros wat projek ni. Entah dari mana semangat nak make up muncul tetibe..cer bagi buku suruh study. Maunya tetiba mata kuyup sayu nak tido..huhu


Thank You for Reading!

Friday, 18 May 2012

Conteng-conteng Part2

Assalamualaikum sahabat!..kali ni aku berpeluang lagi conteng muke cik kat bawah ni..Tuan punye muka ni nama dia Cik Syariniey Amran..member aku yang sorang ni sebenarnya request nk smokey eyes tapi hasilnya korang sendiri kena tafsir..jadi ke idak..make up kali nie aku:


1. Guna kad ( ambik business card sapa-sapa yang korang rasa cam boleh dikorbankan ) guna untuk hold kulit mata masa pakai maskara..teknik ni seyes best..kire nak tonyoh kita punye maskara macam syok sebab dapat tarik sampai hujung bulu mata...plus bila guna teknik ni bahagian mata tak comot...


2. Sebabkan aku still student lagi..barang makeup pon tak lengkap..so sila jangan risau kalau anda pon tak ada lip linear macam aku...taram je pakai cotton bud pastu ekot paksi-paksi bibir...cuba try and tengok hasilnya..


3. Tuk bahagian mata aku tepek colour hitam, kelabu, kelabu on the way ke hitam (aku memang failed bab-bab nk menulis colour) next entry aku uplode eyeshadows palette yang aku guna sebagai rujukan ye...

Kat bawah ni hasil make-up dari pandangan atas







Make up ni boleh diadaptasi with and without spect..still nampak lagi





P/s : Time kasih tuk cik Syariniey sebab tadah muka and cik Suriati tuk gambar-gambar kat atas ni. 


Conteng-conteng Part 2 tak habis lagi..nantikan next entry...ada lagi wajah-wajah yang turut diconteng pada hari yang sama


Thank You for reading!