Saturday, 17 December 2011

Conteng - conteng part 1

Salam. Ni la antara hasil aku main conteng-conteng. Perasan nak menconteng ni akan jadi luar biase bila baru beli alat makeup baru. Aku xda nak pakai makeup yang branded je. Layan kan semua and tengok hasilnya. Jangan terkejut kadang-kadang yang murah tula yang menawan kale dia. Silap-silap yang branded pulak nampak cam dull. Memang banyak yang kurang dalam makeup ni, kata pon baru-baru nak belajar kan. Tuan punya muka ni nama dia  cik Ezmaliza. Dia la sahabat aku yang paling sporting nak tadah muka tuk aku conteng-conteng..redha jela, pengkritik number satu....ayat paling selalu dia ckp " Ili ko xreti ke nak buat pelan-pelan! main tonyoh je! and macam biase aku akn jawab "sebab ko kawan aku la aku tonyoh je, kalau kat orang lain aku buat lembut2"..huhuhu..Insyallah, mana tahu kan rezeki aku dalam bidang MUA ni. Alhamdulillah.








 P/s : Agak-agak ade sape-sape nk tadah muka bagi tahu aku...boleh aku conteng muka korang pulak...kih3

Friday, 25 November 2011

Maafkan aku wahai hati


Maafkan aku hati
Sekali lagi kau disakiti
sekali lagi aku silap mengerti
Silap membuat percaturan lagi

Maafkan aku hati
Buat kau terluka lagi
Sabarlah wahai hati
Luka ini akan aku ubati

Maafkan aku hati
Sering khilaf dalam meniti hari
Tak dapat nak beza mana intan mana duri
Akhirnya kau yang kembali disakiti

Maafkan aku hati
Tak berniat untuk mengulangi lagi
Sakit yang pernah kau alami
Luka yang tidak pernah sembuh sendiri

Maafkan aku hati
Kerana sering tidak berteguh hati
Ketika ada yang menyoyahkan hati
Mencuri kamu wahai hati

Maafkan aku hati
Tak akan aku percaya pada sesiapa lagi
Tak akan aku beri kunci hati ini 
Pada yang belum bergelar suami
Ingat janji aku ni hati

Maafkan aku hati
Saat kau cuba memerhati
Saat kau cuba memberitahu sejuta erti
Saat kau cuba menahan aku yang berlari
Aku sikit tidak ambil peduli
Sudahnya kau yang disakiti

Maafkan aku hati
Kerana sering memaafi
Pada yang sering mengulangi
Kasilapan yang sama berjuta kali
Janji yang tidak pernah pasti

Maafkan aku hati
Aku sering biakan kau sendiri
Sepi menangis seorang diri
Bila diri dilanda sepi
Sakitnya kau wahai hati

Maafkan aku hati
Berilah sedikit ruang di hati
Maafkan aku yang sering menyakiti
Teguhlah berdiri hati
Jangan tersungkur mati
Insyallah satu hari kau boley bangkit tersunyum lagi

amin


-ili jr-
-13 nov 2011-






P/s : Apa yang ditulis xsemestinya berlaku kat diri ini...ia mungkin adalah dari pengalaman orang keliling..tak  pon..mungkin adalah hasil pengaruh novel-novel yang dibaca..hehhe..aku hanya mahu tersenyum seperti gambar di atas walau apa pon yang jadi ^__________^